Ya Allah, Kau berkatilah secebis ilmu yang aku kongsikan ini...

Semoga semua mendapat faedah, keberkatan, kerahmatan & kebaikan sepertimana yg Engkau kurniakan kepadaku.. Aminn...

Monday 3 November 2014

Masak? Tak sempat la! saya kan bekerja

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur masih dikurniakan nikmat kesihatan dan kebahagiaan kurnian Ilahi.

Hehe, negatif sungguh tajuk entri sy hari ni kan. Saya pasti ramai diluar sana merupakan seorang pekerja, ibu, isteri dan bla bla bla. Samaada sedar atau tidak, kita akan memakai 'topi' yang berbeza dalam tempoh 24 jam kan.



Topi yang saya maksudkan disini ialah peranan kita. Pagi dah sibuk2 keluar rumah untuk ke tempat kerja, petang selepas pulang dari kerja dah pakai 'topi' sebagai isteri dan ibu pula di rumah. Disebabkan kesibukan peranan kita menyebabkan kita terasa letih untuk memasak. Alasan sangat kan. Hehehe. Jadi sebagai penyelesaian mudah, membeli makanan atau makan di kedai dijadikan alternatif (kadang2 saya pun beli @ makan di kedai.huhu).

Mana taknye, balik rumah tengok ikan ayam sotong beku lagi dalam freezer, amik masa semua tu untuk dinyahbeku, tambahan pula dalam keadaan lapar dan penat, lagi la kuat 'keazaman' untuk membeli @ makan diluar kan. Hihi. Semua tu merupakan pengalaman saya sendiri.

Dalam entri ni saya nak kongsikan tips mudah yang mana saya amalkan setiap hari. Tips ini diajar oleh mak saya. Dulu2 tak amalkan, dah ade anak baru tau hargai tips2 mak ni. Alhamdulillah sejak saya amalkan boleh dikatakan setiap hari saya akan memasak, dari breakfast hingga ke dinner walaupun saya bekerja.

Tips mudah memasak pada hari bekerja

1. Rancang menu seminggu @ untuk beberapa hari

Merancang menu masakan merupakan asas bagi memudahkan kita memasak makanan kegemaran setiap hari. Biasanya saya akan peruntukkan sedikit waktu pada hujung minggu bagi merancang menu pada hari bekerja. Merancang menu ni hanya sebagai asas bagi memudahkan kita membeli barangan dapur juga. Tidak perlu la beria2 siapkan menu bagai, hanya rancang supaya barang yang kita nak gunakan tersedia pada hari bekerja. Jadi tiada la alasan tak cukup bahan untuk memasak pada hari bekerja

Gambar ihsan google


2. Proses bahan mentah di hujung minggu

Hujung minggu merupakan hari yang agak sibuk buat saya. Biasanya saya akan ke pasar untuk membeli barangan mentah untuk kegunaan seminggu. Selepas itu saya akan memproses (menyiang, memotong, mengasingkan mengikut portion yang dikehendaki). Selepas itu saya akan bungkuskan dalam  plastik bagi memudahkan ia digunakan pada hari bekerja.

Gambar diatas ni merupakah salah satu contoh barang mentah iaitu ayam. Biasanya saya akan potong ayam kepada empat bahagian. Selepas dibuang kulit dan dibersihkan saya akan masukkan kedalam plastik. Pastikan juga ianya berada dalam keadaan yang kering. Ini penting bagi mempercepatkan proses nyahbeku pada hari bekerja. Jika ianya tidak kering, lebih banyak ais yang terbentuk pada bahan mentah selepas ia dimasukkan kedalam freezer. Jika ikan, saya akan bungkuskan seekor demi seekor. Proses nyah beku akan jadi lebih cepat dan menjimatkan masa. Jadi saya boleh memasak selepas 15 minit ia dikeluarkan daripada freezer!

3. Susun bahan mentah yang telah diproses mengikut prioriti penggunaan.

Sebaiknya ikan ayam daging atau ape sahaja disusun dalam barisan yang berbeza bagi memudahkan kita mengambilnya dihari bekerja. Sebenarnya dulu saya tidak sukakan sistem meletakkan barang mentah dalam plastik sebab akan nampak bersepah dalam peti, tapi peti kita bukannya muzium kan, hehe. 

4. Simpan sayur-sayuran dalam bekas tertutup supaya tidak mudah rosak.



Sayur-sayuran merupakan jenis makanan yang mudah rosak. Namun dengan cara penyimpanan yang betul kita mampu memanjangkan jangkahayat kesegarannya sehingga seminggu mahupun lebih. Selepas dibersihkan saya akan simpan sayuran dalam bekas tupperware, freezer organizer jenama tupperware merupakan bekas penyimpanan yang terbaik. Pastikan juga bekas berada dalam keadaan kering. Dengan cara ini sayuran akan kekal segar dalam tempoh seminggu. Tapi pastikan ia digunakan, sebab itu saya tekankan untuk merancang apa yang akan kita masak dalam seminggu.


Mudah kan? Jadi memasak setiap hari bukanlah masalah sebenarnya bagj kita. Tetapi tidak dinafikan kadangkala kita nak juga ubah selera menikmati rasa makanan di kedai. Tapi bukanlah setiap hari kan, sebab bagi saya, memasak sendiri tetap ada barakahnya. Semoga tips ini bermanfaat terutama bagi ibu2 muda yang bekerja seperti kita semua

Love

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...