Ya Allah, Kau berkatilah secebis ilmu yang aku kongsikan ini...

Semoga semua mendapat faedah, keberkatan, kerahmatan & kebaikan sepertimana yg Engkau kurniakan kepadaku.. Aminn...

Monday 6 October 2014

Roti dah nak Expired? Alamakkk

Assalamualaikum.

Anda diluar sana mempunyai masalah roti yang dah nak expired tapi xsempat nak makan? Lepas tu endingnya nanti roti tu dibuang begitu saje. Ish2. Tak baik tau, membazir tuuu..

Saya sangat suka membeli dan makan roti. Kadang-kadang lebih suka beli berbanding makan. Hasilnya, dah hampir expired pun tak termakan lagi. hoho Not good, not good. hahaha.

Dalam entri hari ni saya nak kongsikan bagaimana kita boleh 'mengitar semula' roti yang dah hampir expired tapi dah tak nak makan lagi. Biasenya bila mengalami situasi yang macam ni saya akan memproses roti tersebut menjadi 'Bread Crumbs' atau serbuk roti. Saya akan kongsikan tutorial membuat bread crumbs ini dalam entri ni.

Sebenarnya saya buat bread crumb ni secara tak sengaja (haha, boleh plak gitu). Masa tu sebenarnya saya nak buat chicken chop, tetapi kehabisan bread crumb. Nak keluar ke pasaraya macam tak brape rajin plak. jadi saya guna la roti yang dah ada.

Tutorial membuat bread crumb.


Haaa.. ini la roti yang jadi mangsa tu. Roti ni saya masukkan dalam freezer lebih kurang sejam gitu supaya roti ni mengeras. Boleh juga dibakar sekejap kalau nak gunakan segera



Selepas tu, roti ni dicarik-carik sebegini rupa. hihi



Lepas roti ni dah dicarik2, kisar roti tersebut menggunakan pengisar kering. kisar hingga hancur. 



Goreng tanpa minyak di atas non-stick pan. Goreng sehingga serbuk roti ni garing. GARING ye, bukan hangus k.



Haaa.. gini la hasilnya selepas di goreng..



Kita kasi zoom lagi supaya nampak kegaringan beliau. hahaha



Selepas dah garing, sejukkan seketika dan disimpan dalam bekas sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk. Jadi next time kalau nak guna bread crumb tak perlu beli dah. Kos nak membuatnye pun murah. Cuma perlu roti dan sedikit kerajinan jer. hihi



Mudah kan??

Love

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...