Ya Allah, Kau berkatilah secebis ilmu yang aku kongsikan ini...

Semoga semua mendapat faedah, keberkatan, kerahmatan & kebaikan sepertimana yg Engkau kurniakan kepadaku.. Aminn...

Monday 13 October 2014

Nak makan apenye waktu petang2 ni?

Assalamualaikum..

Hari ni saya nak share satu resepi mudah. Saya ni bila rasa stress or rasa nak tenangkan fikiran jer mula la saya menggoogle2 resepi. Setiap hari wajib saya jengah ke blog2 masakan. Paling saya suka ialah blog azlita masam manis. Tak jemu saya lawat blog beliau setiap hari

Tapi petang ni saya bukan nak share resepi dari blog azlita. Saya nak share satu resepi roti mudah yang diberikan oleh kawan saya, kak Nur Hanani. Saya pun tak pasti dari mana beliau dapat resepi ni tapi saya berterima kasih sangat pada tuan punya resepi ni. Jika tuan punye resepi ade terbaca entri ni jangan segan silu ye bagitau ni resepi anda. 😊


Ni la hasil kejadian rotinya

Resepi roti mudah (ni namanya saya suka2 hati je letak tau 😀)

Bahan-bahan

1/2 cawan air suam*
4 sudu besar gula*
1 paket yis*
2 sudu besar margerin (saya guna butter)
2 sudu besar susu pekat
3 cawan tepung gandum ( saya gunakn tepung berprotein tinggi)
1 biji telur


Cara-cara


  1. Rendamkan bahan bertanda dan biarkan lebih kurang 10-15 minit. Pastikan campuran tadi dah berbuih2.
  2. Dalam bekas yang berasingan, masukkan tepung, butter, susu pekat dan telur. Uli dengan penuh kasih sayang k sehingga menjadi doh yangbtak melekat pada jari. Paling baik zikir2 sambil uli2 roti, dapat pahala.
  3. Rehatkan doh sehingga doh naik 2 kali ganda. Lehih kurang 1 jam 45 minit jgak.
  4. Bila doh dah naik 2x ganda, tumbuk-tumbuk doh untuk mengeluarkan angin. 
  5. Uli lagi 
  6. Bentukkan roti mengikut bentuk kegemaran dan hiaskan dengan topping yang sesuai. Saya gunakan mix vegetable, sosej, sos cili, mayonis, oregano dan cheese (pizza topping) sebagai topping roti saya.
  7. selepas dah siap letak topping semua, bakar roti pada suhu 180°C selama 20 minit. Pastikan oven telah dipanaskan dahulu k. Saya gunakan api atas bawah. Masa pembakaran sebenarnya bergantung pada oven masing2.
  8. selepas oven bunyi 'ting', hidang roti & makan dengan penuh kesyukuran. Alhamdulillah...

Mudah kan? Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...