Ya Allah, Kau berkatilah secebis ilmu yang aku kongsikan ini...

Semoga semua mendapat faedah, keberkatan, kerahmatan & kebaikan sepertimana yg Engkau kurniakan kepadaku.. Aminn...

Friday 7 November 2014

MEE REBUS TERENGGANU VERSI SAYA

Assalamualaikum semua.

Mesti tengah google2 cari resepi ringkas untuk makan malam kan, tapi xmo makan nasi. Ataupun ada tetamu nak datang dalam masa terdekat ni kan, jadi dah tentu pening nak fikir menu yang senang dan cepat.

Haa, ape kate cuba mee rebus terengganu ni. Ni versi saya, ekspress, dalam masa 15 minit pun leh siap masak.

Bahan-bahan

500g mee kuning
1 liter air
Sedikit minyak masak untuk menumis
1 labu bawang merah dihiris nipis
4 ulas bawang putih dicincang halus
250g ayam (diambil bahagian yang bertulang & dipotong kecil2)
bebola ikan
1 kiub pati ayam
1 sb sos tiram
1 sb lada hitam 
tomato ceri
sawi (terpulang pada citarasa nak letak banyak mana)
lobak merah dipotong dadu
daun sup
Limau nipis
garam dan perasa
cili potong jika suka pedas
garam dan serbuk perasa

cara-caranya

  1. Tumiskan bawang merah dan bawang putih sehingga wangi
  2. masukkan ayam dan biarkan sehingga ia sedikit masak
  3. masukkan kiub ayam, diikuti bebola ikan dan air. 
  4. Bila hampir mendidih, masukkan lobak merah yang dipotong dadu.
  5. biarkan mendidih seketika.
  6. masukkan sos tiram, diikuti dengan batang sawi dan lada hitam
  7. kacau rata, kemudian masukkan mee kuning dan daun sawi. Biarkan seketika
  8. tutup api dan masukkan tomato ceri, perasakan dengan garam/ perasa jika perlu.
  9. Hidang dan hiaskan dengan daun sup, cili potong serta perahan limau nipis.
  10. Sungguh enak jika dimakan panas2
Selamat mencuba

love,





Wednesday 5 November 2014

tiramisu simple & sedap!

Assalamualaikum semua.

Hari ni saya nak share ssatu menu pencuci mulut dan penambah lemak (hahaha) yang senang & sangat sedap (bagi saya la) iaitu tiramisu simple. Saya memang suke sangat buat2 benda yang simple2 macam ni. Hihi. Tiramisu ni merupakan menu pencuci mulut kegemaran kami sekeluarga terutama anak saya husna.



Resepi ni saya ambil dari blog ana suzana. Tapi saya derhaka juga resepi ni, ade la saya lakukan pengubahsuaian  mengikut selera saya.

Resepi tiramisu simple



250 g cream cheese saya guna brand tatura sebab ni je yang ade kat kedai bakeri aritu. Tapi lagi sedap guna phidaphelia

250ml whipping cream
300ml air suam untuk larutkan nescaffe
2 sb serbuk nescafe @ coffee, saya guna indocafe
7 sb susu pekat - sukatan susu pekat ni terpulang pada korang k. Saya kurang suka manis sangat.
Serbuk koko, saya guna jenama van houten
Biskut tiramisu @ boleh juga gunakan chiffon cake.

Cara2:

1. Pukul cream cheese hingga teksturnya jadi lembut dengan kelajuan sederhana, kemudian masukkan whipping cream & susu pekat. Pukul sehingga campuran ini kelihatan gebu dan creamy macam ni. Pukul dengan kelajuan yang tinggi


2. Celupkan biskut tiramisu dalam air nescafe, lebih baik gunakan piring ye sebab biskut ni sangat senang menyerap air. Celupkan kedua-dua belah permukaan biskut manje2 je k, jangan basah sangat, nanti lembik & tidak sedap. Lagi satu kepekatan nescafe ni terpulang pada korang la ye. Saya suka yang sedikit pekat


3. Susun biskut yang dah dicelup tadi dalam bekas. Nak lagu best susun dalam gelas, lagi mudah nak makan. Hihi


4. Kemudian lapiskan dengan campuran krim yang dipukul tadi. Ketebalannya terpulang pada citarasa korang


5. Seterusnya taburkan dengan serbuk koko. 


6. Ulang langkah 2 hingga 5 hingga memenuhi bekas. Biasenya saya buat hingga 3 layer biskut, macam ni


7. Masukkan dalam peti sejuk, bukan peti beku ye sekurang2nya 4 jam. Tetapi biasanya saya biarkan semalaman. Sangat sedap dinikmati ketika sejuk, rasa macam aiskrim gitu. Yummy!


Mudah kan? Selamat mencuba. Lepas makan ni wajib saya telan omega!


Rasyidah





Monday 3 November 2014

Masak? Tak sempat la! saya kan bekerja

Assalamualaikum. Alhamdulillah syukur masih dikurniakan nikmat kesihatan dan kebahagiaan kurnian Ilahi.

Hehe, negatif sungguh tajuk entri sy hari ni kan. Saya pasti ramai diluar sana merupakan seorang pekerja, ibu, isteri dan bla bla bla. Samaada sedar atau tidak, kita akan memakai 'topi' yang berbeza dalam tempoh 24 jam kan.



Topi yang saya maksudkan disini ialah peranan kita. Pagi dah sibuk2 keluar rumah untuk ke tempat kerja, petang selepas pulang dari kerja dah pakai 'topi' sebagai isteri dan ibu pula di rumah. Disebabkan kesibukan peranan kita menyebabkan kita terasa letih untuk memasak. Alasan sangat kan. Hehehe. Jadi sebagai penyelesaian mudah, membeli makanan atau makan di kedai dijadikan alternatif (kadang2 saya pun beli @ makan di kedai.huhu).

Mana taknye, balik rumah tengok ikan ayam sotong beku lagi dalam freezer, amik masa semua tu untuk dinyahbeku, tambahan pula dalam keadaan lapar dan penat, lagi la kuat 'keazaman' untuk membeli @ makan diluar kan. Hihi. Semua tu merupakan pengalaman saya sendiri.

Dalam entri ni saya nak kongsikan tips mudah yang mana saya amalkan setiap hari. Tips ini diajar oleh mak saya. Dulu2 tak amalkan, dah ade anak baru tau hargai tips2 mak ni. Alhamdulillah sejak saya amalkan boleh dikatakan setiap hari saya akan memasak, dari breakfast hingga ke dinner walaupun saya bekerja.

Tips mudah memasak pada hari bekerja

1. Rancang menu seminggu @ untuk beberapa hari

Merancang menu masakan merupakan asas bagi memudahkan kita memasak makanan kegemaran setiap hari. Biasanya saya akan peruntukkan sedikit waktu pada hujung minggu bagi merancang menu pada hari bekerja. Merancang menu ni hanya sebagai asas bagi memudahkan kita membeli barangan dapur juga. Tidak perlu la beria2 siapkan menu bagai, hanya rancang supaya barang yang kita nak gunakan tersedia pada hari bekerja. Jadi tiada la alasan tak cukup bahan untuk memasak pada hari bekerja

Gambar ihsan google


2. Proses bahan mentah di hujung minggu

Hujung minggu merupakan hari yang agak sibuk buat saya. Biasanya saya akan ke pasar untuk membeli barangan mentah untuk kegunaan seminggu. Selepas itu saya akan memproses (menyiang, memotong, mengasingkan mengikut portion yang dikehendaki). Selepas itu saya akan bungkuskan dalam  plastik bagi memudahkan ia digunakan pada hari bekerja.

Gambar diatas ni merupakah salah satu contoh barang mentah iaitu ayam. Biasanya saya akan potong ayam kepada empat bahagian. Selepas dibuang kulit dan dibersihkan saya akan masukkan kedalam plastik. Pastikan juga ianya berada dalam keadaan yang kering. Ini penting bagi mempercepatkan proses nyahbeku pada hari bekerja. Jika ianya tidak kering, lebih banyak ais yang terbentuk pada bahan mentah selepas ia dimasukkan kedalam freezer. Jika ikan, saya akan bungkuskan seekor demi seekor. Proses nyah beku akan jadi lebih cepat dan menjimatkan masa. Jadi saya boleh memasak selepas 15 minit ia dikeluarkan daripada freezer!

3. Susun bahan mentah yang telah diproses mengikut prioriti penggunaan.

Sebaiknya ikan ayam daging atau ape sahaja disusun dalam barisan yang berbeza bagi memudahkan kita mengambilnya dihari bekerja. Sebenarnya dulu saya tidak sukakan sistem meletakkan barang mentah dalam plastik sebab akan nampak bersepah dalam peti, tapi peti kita bukannya muzium kan, hehe. 

4. Simpan sayur-sayuran dalam bekas tertutup supaya tidak mudah rosak.



Sayur-sayuran merupakan jenis makanan yang mudah rosak. Namun dengan cara penyimpanan yang betul kita mampu memanjangkan jangkahayat kesegarannya sehingga seminggu mahupun lebih. Selepas dibersihkan saya akan simpan sayuran dalam bekas tupperware, freezer organizer jenama tupperware merupakan bekas penyimpanan yang terbaik. Pastikan juga bekas berada dalam keadaan kering. Dengan cara ini sayuran akan kekal segar dalam tempoh seminggu. Tapi pastikan ia digunakan, sebab itu saya tekankan untuk merancang apa yang akan kita masak dalam seminggu.


Mudah kan? Jadi memasak setiap hari bukanlah masalah sebenarnya bagj kita. Tetapi tidak dinafikan kadangkala kita nak juga ubah selera menikmati rasa makanan di kedai. Tapi bukanlah setiap hari kan, sebab bagi saya, memasak sendiri tetap ada barakahnya. Semoga tips ini bermanfaat terutama bagi ibu2 muda yang bekerja seperti kita semua

Love

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...